Friday, 10 March 2017

MUKA DEPAN


DUA 6022

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

BAHASA ROJAK

NAMA PENSYARAH : EN. MARZUKI BIN SEPIAAIL

PENGAJIAN AM

DET 6A

SESI DISEMBER 2016


JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

NAMA
NO.MATRIX
MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD RIDZUAN
15DET14F1007
MUHAMMAD SHAFIQ BIN SELAMON
15DET14F1015
MUHAMMAD RAHMAD BIN YAHYA
15DET14F1018
MOHAMAD HELNIZAM HELMIE BIN GHAZALI       
15DET14F1024
MUHAMMAD HAFIZUDIN BIN MOHAMAD MAKHYIDIN
15DET14F1037
MUHD SYAFIQ BIN SAHIDIN
15DET13F2050

SENARAI KANDUNGAN


BIL.


PERKARA

MUKA SURAT

1


OBJEKTIF

1

2


PENGENALAN

2 – 3

3


SEJARAH

4

4


PUNCA

5 – 6


5


LANGKAH MENGATASI

7 – 8


6


KEBAIKAN , KEBURUKAN SERTA CONTOH

9 – 11

7


KESIMPULAN

12

8


SUMBER RUJUKAN

13

9


LAMPIRAN

14

OBJEKTIF

    1)   Untuk memartabatkan bahasa Malaysia.

   2) Untuk mendukung pelbagai disiplin ilmu dan digunakan dalam pentadbiran Negara,       penggubalan dan perumusan undang-undang.


  3) Membuka ruang dan peluang yang lebih luas kepada rakyat untuk menyertai aktiviti kokurikulum bahasa Melayu.

  4) Menyemai dan meningkatkan minat masyarakat terhadap sikap persaingan yang positif melalui pendekatan yang lebih interaktif.


PENGENALAN

Pada zaman moden ini, jelas sekali menunjukkan kehidupan manusia sekarang adalah terlalu mudah dan cepat dipengaruhi oleh unsur-unsur asing, terutamanya unsur-unsur bahasa asing yang mempunyai kuasa politik dan ekonomi yang kuat dan kukuh.

Bahasa pertuturan harian manusia juga tidak dikecualikan, akan menerima pengaruh dan menyerap pengaruh asing sehingga menimbulkan fenomena percampuran kod. Hal ini disebabkan semua bahasa di dunia ini mempunyai daya penerimaan dan penyerapan kosa kata bahasa lain kerana dipengaruhi faktor dalaman dan luaran bahasa lain. Sifat kesemulajadian bahasa ini telah membawa kepada fenomena percampuran kod dan peralihan kod dalam sesuatu bahasa terutamanya dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Menurut Jendra (1988), kod biasanya disamakan dengan bahasa, gaya bahasa dan variasi bahasa. Jadi, boleh kita katakan kod merupakan satu sistem pertuturan yang menerapkan unsur-unsur bahasa yang mempunyai ciri-ciri khas yang sesuai dengan latar belakang penutur dan konteks pertuturan. Jadi, percampuran kod merupakan salah satu cara penggunaan bahasa, di mana terdapat percampuran kod atau kombinasi antara bahasa-bahasa yang berbeza dalam satu ayat yang sama. Jadi, dalam kata lain, fenomena percampuran kod boleh dikatakan sebagai fenomena bahasa yang bercampur aduk di antara sesuatu bahasa natif dengan bahasa asing.

Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan di mana sebahagian besar rakyatnya adalah golongan Bilingual ataupun Multilingual. Oleh kerana penerimaan dan penyerapan daripada pelbagai bahasa yang berlainan dan sikap penutur, serta populasi masyarakat yang berbilang kaum dan bermultilingual, fenomena percampuran kod adalah satu fenomena yang biasa yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya percampuran kosa kata bahasa Inggeris ke dalam bahasa natif penutur. 


SEJARAH


Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu Entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa daripada pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang mengguna pakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku.

Mengikut kata-kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya), keadaan ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkannya dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun.

Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.

Untuk memahami asal-usul Bahasa Rojak Malaysia, seseorang mungkin perlu membaca sejarah Malaysia terutama Melaka sewaktu Parameswara. Dalam awal 1500-an, pelawat Portugis Tome Pires menjumpai di Melaka "mur dari Kaherah, Makkah, Aden, Abyssinia, Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans, orang Kristian Armenia, Gujaratee, lelaki Chaul, Dabhol, Goa, dari negara Deccan, Malabar dan Kling, pedagang Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siam, lelaki Kedah, Melayu, lelaki Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochin China, Cina, Lequeos, lelaki Brunei, Lucoes, lelaki Tamjompura, Laue, Banka, Linga, Moluccas, Banda, Bima, Timor, Madura, Java, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Kappatta, Menangkabau, Siak, Arqua (Arcat?), Aru, Bata, negara Tomjano, Pase, Pedir, Maldives...". Orang-orang ini datang ke Melaka dengan kapal dan pangjava. Menjelang 1511, Melaka mempunyai jumlah penduduk 50,000 termasuk komuniti pedagang yang bertutur 84 bahasa.

PUNCA



1) Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris

-          Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan Lingua Franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai ‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan. 

2) Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia

-             Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Jepun. Mereka tidak akan melayan bahasa asing selain bahasa Jepun.. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam Jepun, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.

3) Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran

-            Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam media sosial juga adalah salah satu punca masalah ini.

4) Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik

-                Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.

5) Sikap penutur

-                Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran.




LANGKAH MENGATASI

1)     Pendidikan

         Menjayakan kempen yang di anjurkan oleh pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka  (DPB) supaya kempen yang dijalankan berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.

          Selain daripada itu juga, memupuk kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak sejak azali lagi. Kesedaran tersebut perlulah dimainkan peranan oleh ibu bapa dan guru. Sebagai contohnya, ibu bapa mestilah menggunakan bahasa yang betul apabila bertutur dengan anak-anak.

2)    Penguatkuasaan pihak berwajib

Pihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa       kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaanya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat, dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan  perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara.

3)    Bidang penyiaran

Bidang penyiaran pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  telah bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta.

 4)    Dewan Bahasa dan Pustaka

Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, Undang – undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamakan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu.