Pelbagai usaha harus dilakukan untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Olehitu bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama
yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus
mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris
dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi
wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan
bahasa-bahasa lain. Bak kata pepatah "yang kurik itu kendi, yang merah itu
saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".
No comments:
Post a Comment