1)
Pendidikan
Menjayakan kempen yang di anjurkan oleh pihak Dewan
Bahasa Dan Pustaka (DPB) supaya kempen
yang dijalankan berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Selain daripada itu juga, memupuk kesedaran tentang
kepentingan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak sejak azali lagi. Kesedaran
tersebut perlulah dimainkan peranan oleh ibu bapa dan guru. Sebagai contohnya,
ibu bapa mestilah menggunakan bahasa yang betul apabila bertutur dengan
anak-anak.
2) Penguatkuasaan pihak berwajib
Pihak
berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada
papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya.
Bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaanya dalam surat rasmi, mesyuarat,
ucapan, taklimat, dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara.
3) Bidang penyiaran
Bidang penyiaran pula, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia telah bertanggungjawab memastikan garis panduan
yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen
radio dan televisyen swasta.
4)
Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang
pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan
bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai
contoh, Undang – undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan
pengutamakan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang
betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu.
No comments:
Post a Comment