1)
Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris
- Kebanyakan
penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang
terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa
Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa
Inggeris hanyalah merupakan Lingua Franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling
utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai
‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan.
2)
Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia
- Hal
ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Jepun. Mereka tidak akan
melayan bahasa asing selain bahasa Jepun.. Sebaliknya, jika kita sendiri
bertutur dalam Jepun, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat
cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat
Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan
mengabaikan bahasa kebangsaannya.
3)
Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran
- Seseorang
yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan
gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa
rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam media sosial juga adalah salah
satu punca masalah ini.
4)
Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik
- Hal
ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu
yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan
yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta
majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka
terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.
5)
Sikap penutur
- Fenomena
ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan
kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak
biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam
penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih
kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta
mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran.
No comments:
Post a Comment