Bahasa Rojak boleh dikesan seawal
zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila
satu Entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada
tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang
secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa daripada pelbagai bangsa dan
budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang mengguna pakai pelbagai bahasa dalam
satu perbualan amat biasa berlaku.
Mengikut kata-kata Ensiklopedia
Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya), keadaan ini merupakan sebahagian
daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa
Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang
mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung
dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua
perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan
menamatkannya dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun.
Semasa pemerintahan Parameswara
apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba
untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam
memahami antara satu sama lain dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.
Untuk memahami asal-usul Bahasa Rojak
Malaysia, seseorang mungkin perlu membaca sejarah Malaysia terutama
Melaka sewaktu Parameswara. Dalam awal 1500-an, pelawat Portugis Tome
Pires menjumpai di Melaka "mur dari Kaherah, Makkah, Aden, Abyssinia,
Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans,
orang Kristian Armenia, Gujaratee, lelaki Chaul, Dabhol, Goa, dari
negara Deccan, Malabar dan Kling, pedagang Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan,
Pegu, Siam, lelaki Kedah, Melayu, lelaki Pahang, Patani, Kemboja,
Champa, Cochin China, Cina, Lequeos, lelaki Brunei, Lucoes, lelaki Tamjompura,
Laue, Banka, Linga, Moluccas, Banda, Bima, Timor, Madura, Java, Sunda,
Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Kappatta, Menangkabau, Siak, Arqua
(Arcat?), Aru, Bata, negara Tomjano, Pase, Pedir, Maldives...".
Orang-orang ini datang ke Melaka dengan kapal dan pangjava. Menjelang
1511, Melaka mempunyai jumlah penduduk 50,000 termasuk komuniti pedagang yang
bertutur 84 bahasa.